Wednesday, June 29, 2011

SaLaM CeRiA..sALaM MaNiS..

Assalamualaikum dan salam ceria, salam manis salam yang indah buat semua...
Alhamdulillah syukur kerana hari ini aku masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan pada hari ini, Semoga Allah panjangkan umur aku dan suami dan memberi kesihatan yang baik pada kami..seperti biasa jiwa dan hatiku semakin menunjukkan minat untuk menulis blog ni..mungkin kerana minat itu datangnya dari seseorang penulis-penulis blog yang lain itu yang membuat aku juga teringin menulis dan akan terus menulis untuk hari-hari seterusnya. Jari jemariku semakin rancak dan semakin laju untuk meneruskan cerita rencah hidup aku disini. Pernah suatu ketika aku bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel, mungkin cita-cita masih ada cuma belum tahu bagaimana ingin aku mulakan penulisan itu.

Seperti biasa hari ini seperti hari-hari yang lain aku akan bangun jam 5 pagi untuk menyiapkan sarapan dan bekal untuk En.suami tercinta..memang sudah menjadi rutin harian aku begitu, ini kerana En.suami aku kurang untuk menikmati makanan2 diluar dengan cara itu kami juga boleh berjimat cermat..hari-hari aku akan hantar En.suami dimuka pintu sebelum En.suami berangkat ke tempat kerja, seperti biasa salam, peluk cium tidak pernah aku lupa untuk En.suami juga lambaian dari En.suami untuk aku..semoga kami selalu mendapat keberkatan daripada-Mu Ya Allah..

Selepas En.suami pergi kerja macam biasa lah aku akan memulakan kerja aku untuk mengemas rumah, mencuci apa yang patut dan apa-apa yang sewaktu dengannya..kemudian barulah aku rehat sambil melayan kawan2 di Ratuhati (RH) dan Facebook (FB)...seronok aku dapat ramai kenalan di RH ni..macam-macam pengalaman dan maklumat yang boleh aku kongsi bersama mereka..hehehe...

Semalam seperti biasa jam 6 petang aku akan menunggu kepulangan En.suami dari kerja kemudian aku akan siapkan makanan untuk makan bersama, Rutin malam pulak aku habiskan masa untuk berborak dengan En.suami sambil minum-minum, sambil-sambil tu aku akan siapkan pakaian En.suami untuk dipakai hari esok..seperti biasa En.suami akan tanya apa yang aku buat hari ini...

b : ayang buat apa hari ni..makan pukul berapa tadi..??
ayang : macam biasa lah b breakfast dalam pukul 9, lunch pulak ayang makan buah je tadi b coz nak makan nasi petang dengan b..
b : kalau ayang lapar ayang makan lah, jangan tunggu b tau..nanti datang lagi gastrik tu..
ayang : kalau ayang lapar ayang makan lah b, tapi tadi makan buah dah kenyang tu yang xnak makan nasi lagi, nak makan dengan b lah..macam biasa kan..(sambil senyum..;) )

Tiba-tiba tergerak hati aku tanya En.suami malam tadi...hehehe

ayang : b agak2 anak kita macam sape nanti??
b : mesti lah campur ayang..cantik macam ayang hensem macam b..hahaha...
ayang : ayang cantik ke b??hehehe...ayang nak mata dia color brown macam b..
b : mestilah cantik ayang b ni, rajin baik hati plak tu...
ayang : b ni jangan lah puji lebih-lebih ayang ni, nanti bertambah kembang lah ayang ni..

Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku diuji begini.....???
.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”. -Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 87

Nah..sekarang selami ke dalam diri..apa lagi yang kurang...bangkitlah..ujian Allah kepada kita kerana Dia sayang kita..

2 comments:

A*nY said...

Aufa:
dulupun saya ada cita-cita nak jadi Novelist=)

Saya suka perkongsian ayat kat atas tu, sangat baik...=)

arika_aufa arissa said...

hehehe...tq anie..meh lah iter kongsi2 yer..;)

Post a Comment