Friday, July 1, 2011

MeR@jUk

Salam sejahtera buat semua pembaca blog aku,..salam manis dari aku..

Tajuk aku hari ini adalah merajuk..hehehe..korang tahu tak merajuk tu aper?? makna merajuk?? apa yang dimaksudkan dengan merajuk?? bagaimana merajuk ni boleh terjadi @ berlaku pada seseorang??. Bagi pendapat aku merajuk ni satu tindakan yang berlaku pada seseorang jika tak dapat sesuatu yang dingini atau pun  seseorang tu kene marah, perasaan emosinya akan terganggu itu lah punca dia akan merajuk dan bawa hati..keadaan merajuk ini pada kebiasaannya membuat seseorang akan diam seketika, bawa diri, masam muka dan apa-apa yang sewaktu dengannya. Pendek kata merajuk ni banyak istilah.

Jika seseorang yang sering merajuk dia pasti mengharapkan pujukan, sering kita dengar dari mulut rakan-rakan yang lain. Namun, tanpa disedari sikap sering memujuk ini lah yang menyebabkan perangai suka merajuk ni semakin menjadi-jadi. Jika masa bercinta bolehlah di tahan perasan marah dan merendah kan ego untuk memujuk. Tapi bila dah kawin peel merajuk ni tidak berubah, ianya tidak akan memberikan contoh yang baik kepada anak-anak. Jadi no wonder budak2 sekarang pandai menggunakan senjata merajuk mereka untuk menarik perhatian ibu bapa bagi mendapatkan apa yang mereka inginkan, macam tu jugak dengan isteri kan..hehehe..

Aku ni tergolong dalam kategori yang kuat merajuk jugak dulu, tapi lepas kawin ni dah agak berkurangan..hehehe..betul kata arwah mak aku, aku ni memang kuat merajuk. Dulu masa kecik-kecik kalau xdapat apa yang aku nak mesti merajuk masuk bilik senyap jer, kadang merajuk tu sampai 2-3 hari..(Tabiat yang x elok tu kan..), tapi bila dah dapat ok lah..hilang rajuk tu..Sekarang ni xkurang merajuk2 ni sebab suami dah jarang pujuk kalau aku merajuk, agaknya En.Suami pun x larat dah nak pujuk kalau selalu merajuk kan, so jangan selalu merajuk nanti En.Suami penat dan jemu nak pujuk kita. Pujuk diri sendiri jer..;)

Nak dijadikan cerita semalam aku merajuk dengan En.Suami, ada selisih pendapat sikit, lepas En.suami balik kerja. Biasa lah En.Suami penat kerja sehari balik2 kita pulak nak merajuk bagai xda masa lah En.Suami nak pujuk2 aku ni. Tapi aku ni tunggu je mana tau En.Suami pujuk aku, biasa lah kita mesti mengharapkan orang akan pujuk kita..tapi En.Suami x pujuk pun aku..hahaha..terpaksalah aku pujuk diri sendiri, seharian aku senyap jer. (Rugi kan merajuk malam Jumaat..bagi yang berkahwin lah..hehehe...)

Keesokan paginya, aku bangun macam biasa buat breakfast untuk En.Suami , En.Suami pun bangun dan makan macam biasa lah. Tiba2 En.Suami suruh aku bersiap untuk pergi ke Kuala Terengganu. (atas urusan kerja) memang dah jadi rutin mingguan kami tu. So aku ni peneman setia kalau En.Suami outstation. best gak kan jalan2 selalu lah.

Dalam perjalan ke Terengganu aku memang senyap je dalam kereta, langsung xbercakap maybe aku masih merajuk. En.Suami pun langsung xnak pujuk aku..hahaha..kesian aku kan. Kalau En.Suami cakap aku ha kan jer..jahat betul kan, sebenarnya x baik buat sumai kita macam tu tau. Tapi apa boleh buat tengah melayan rajuk dihati xhabis2. Sampai je di destinasi yang kami  tuju En.Suami pun singgah seberang jalan untuk membeli goreng pisang dan keropok lekor, kami pun makan sama2, tapi aku still senyap jer..En.Suami beli nak makan plak kan...hehehe..xmalu betul..;p

Seperti biasa acara melawat tapak pembinaan oleh suamiku..aku hanya menunggu di dalam kereta maklum lah kalau nak melawat tapak ni kene pakai kelengkapan yang betul. Kalau kat situ kan mesti ada signboard     "Safety First". So selesai melawat tapak dan buat report semua En.Suami pun bawak aku belakang tapak pembinaan tu, tak sangka kan belakang tapak pembinaan tu ada pemandangan yang agak cantik..En.Suami ajak aku turun kereta..amik lah gambar ayang..hehehe..

Ini lah antara gambar2 yang sempat aku snap...









Sambungan dari cerita yang aku merajuk x habis2 lagi tadi. Selepas selesai semua kerja En. Suami kami pun bergerak pulang dengan tenang. Aku masih x banyak bercakap, kalau x dalam kereta tu aku je lah dok bercerita sambil En.Suami dengar dia drive xboleh banyak cakap..hehehe..tapi disebabkan rajuk dalam hati ni aku senyap je lah..tiba2 En.Suami mencuit aku sambil senyum...aku pun senyum jugak lah..;)
Tiba2 En.Suami pegang tangang ku..hehehe...terkedu jap aku, tapi aku masih membisu, yang peliknya aku rasa automatik hilang terus rajuk aku tadi, pelik kan..kene pujuk macam tu je kot lepas ni. TQ En.Suami Luv U b..Mari lah kita berdating ditepi pantai..;)


Hilang rajuk dihati mulut pun mula lah mengomel2 pada En.Suami..hehehe..mula dah bercerita macam2, tadi bukan main bisu kan. Maklum lah hati sudah terpujuk. Seronok berjalan walaupun dalam keadaan yang merajuk. Lewat petang baru kami sampai rumah sebelum En.Suami bawa aku singgah di pasar malam dulu, so xperlu masak untuk makan malam dah balik penat nanti kan..TQ again b..mmmuuuaaahhh...


Sekian sahaja bab merajuk aku kali ni..;)

4 comments:

A*nY said...

hehe...rugikan merajuk malam jumaat=P

haha,
cam same je cara kita majuk,=)
agaknya orang prempuan mmg gitu ye, sensitif....

arika_aufa arissa said...

hehehe...anie betul tu..pmpuan ni cpt snsitif kn..husband xmo layan sgt majuk2 ni..sat lgi makin mngada2 kan..;)

Hand Bag said...

G dl masa mula2 kawin teruk penyakit merajuk ni...skrg agak ok la...huhu..sian hubby kn pujuk sokmo2...

arika_aufa arissa said...

hehehe...sama lah aufa gitu gak masa mula2 kawin sekrg mmg dh krg yg amat majuk2 ni g..

Post a Comment