Wednesday, June 29, 2011

SaLaM CeRiA..sALaM MaNiS..

Assalamualaikum dan salam ceria, salam manis salam yang indah buat semua...
Alhamdulillah syukur kerana hari ini aku masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan pada hari ini, Semoga Allah panjangkan umur aku dan suami dan memberi kesihatan yang baik pada kami..seperti biasa jiwa dan hatiku semakin menunjukkan minat untuk menulis blog ni..mungkin kerana minat itu datangnya dari seseorang penulis-penulis blog yang lain itu yang membuat aku juga teringin menulis dan akan terus menulis untuk hari-hari seterusnya. Jari jemariku semakin rancak dan semakin laju untuk meneruskan cerita rencah hidup aku disini. Pernah suatu ketika aku bercita-cita ingin menjadi seorang penulis novel, mungkin cita-cita masih ada cuma belum tahu bagaimana ingin aku mulakan penulisan itu.

Seperti biasa hari ini seperti hari-hari yang lain aku akan bangun jam 5 pagi untuk menyiapkan sarapan dan bekal untuk En.suami tercinta..memang sudah menjadi rutin harian aku begitu, ini kerana En.suami aku kurang untuk menikmati makanan2 diluar dengan cara itu kami juga boleh berjimat cermat..hari-hari aku akan hantar En.suami dimuka pintu sebelum En.suami berangkat ke tempat kerja, seperti biasa salam, peluk cium tidak pernah aku lupa untuk En.suami juga lambaian dari En.suami untuk aku..semoga kami selalu mendapat keberkatan daripada-Mu Ya Allah..

Selepas En.suami pergi kerja macam biasa lah aku akan memulakan kerja aku untuk mengemas rumah, mencuci apa yang patut dan apa-apa yang sewaktu dengannya..kemudian barulah aku rehat sambil melayan kawan2 di Ratuhati (RH) dan Facebook (FB)...seronok aku dapat ramai kenalan di RH ni..macam-macam pengalaman dan maklumat yang boleh aku kongsi bersama mereka..hehehe...

Semalam seperti biasa jam 6 petang aku akan menunggu kepulangan En.suami dari kerja kemudian aku akan siapkan makanan untuk makan bersama, Rutin malam pulak aku habiskan masa untuk berborak dengan En.suami sambil minum-minum, sambil-sambil tu aku akan siapkan pakaian En.suami untuk dipakai hari esok..seperti biasa En.suami akan tanya apa yang aku buat hari ini...

b : ayang buat apa hari ni..makan pukul berapa tadi..??
ayang : macam biasa lah b breakfast dalam pukul 9, lunch pulak ayang makan buah je tadi b coz nak makan nasi petang dengan b..
b : kalau ayang lapar ayang makan lah, jangan tunggu b tau..nanti datang lagi gastrik tu..
ayang : kalau ayang lapar ayang makan lah b, tapi tadi makan buah dah kenyang tu yang xnak makan nasi lagi, nak makan dengan b lah..macam biasa kan..(sambil senyum..;) )

Tiba-tiba tergerak hati aku tanya En.suami malam tadi...hehehe

ayang : b agak2 anak kita macam sape nanti??
b : mesti lah campur ayang..cantik macam ayang hensem macam b..hahaha...
ayang : ayang cantik ke b??hehehe...ayang nak mata dia color brown macam b..
b : mestilah cantik ayang b ni, rajin baik hati plak tu...
ayang : b ni jangan lah puji lebih-lebih ayang ni, nanti bertambah kembang lah ayang ni..

Kadang-kadang aku terfikir kenapa aku diuji begini.....???
.
“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… .. -Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: “Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki ‘Arsy yang agung”. -Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
“… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 87

Nah..sekarang selami ke dalam diri..apa lagi yang kurang...bangkitlah..ujian Allah kepada kita kerana Dia sayang kita..

Ajal Maut Ditangan-NYA..

Ya Allah Yang Tuhanku sungguh sedih dan sayu sampai mengalir deras air mataku bila terkenang nasib dua sahabat yang aku kenali melalui Ratuhati (RH). Sekali lagi hati aku tergerak untuk baca blog mereka mengenai kehilangan suami tersayang iaitu   " Mawar Bisikan Suria " dan " Mawar Nafastari "..memang xdapat aku bayangkan keadaan dan persaan mereka. Hanya Allah je tahu betapa kuatnya hati mereka dengan Ujian-NYA..

Sebut pasal ajal maut ni Allah je yang tahu segalanya DIA lah yang Berkuasa menentukannya...aku xtahu jika semua itu berlaku pada diriku..aku pernah kehilangan bonda tersayang disaat aku ingin mendirikan rumah tangga..saat bonda meninggalkan aku...hadir seorang insan yang menyayangi aku sungguh xsangka masih ade yang sudi memberi kasih sayangnya padaku..walau beza umur kami jauh tapi kehadirannya buat aku senang bila berdamping dengannya..arwah bonda juga senang dengan dia,.aku xkisah ape orang lain nak cakap yang penting kami selalu bahagia,..

Pesanan Bonda pada Hubby :

Bonda : nanti aziz jaga ika baik2 tau dia tu lain sikit..cepat merajuk budaknya..;)
b : Insyaallah mak (xmalu kan awal2 dah mak2 padahal baru tunang time tu..hehehe..) jangan risau ye saya akan jaga ika macam mana mak jaga dia..

Selama ini aku terlalu takut untuk menerima cinta dan bermain cinta lagi kerana aku takut untuk menghayati segalanya tentang cinta dengan serius. Kenangan telah mengajar aku erti sebuah cinta sebenar..dulu aku terlalu mengejar cinta manusia..yang xtahu sampai kemana cinta itu..aku terlalu leka dengan cinta-cinta mereka, aku terlalu malayan perasaan yang entah betul atau tidak..mungkin hati aku sahaja yang inginkan kebahagiaan bersama cinta hatiku dulu sampai akhir hayatku, tapi mereka langsung xpernah faham perasaan ini..aku ni plak jenis kalau dah sayang tu sayang sungguh2..sampai sanggup tunggu xkira lah berapa tahun pun, pernah aku kecewa dengan cinta yang xpasti sampai aku jadi anti dengan lelaki dan dengan ayat2 cinta lelaki..2 tahun aku tunggu dia tapi dia langsung xpaham perasaan aku macam2 cara aku nak hubungi dia cuba amik hati dia semula, macam2 lah..tapi jodoh aku dengan dia memang xde pun..berserah je lah..(arrrggghhh lupakan semua tu dah berlalu lah..)

Kini aku telah dimiliki oleh insan yang betul2 menyayangi aku..sehingga kadang2 aku takut untuk kehilangan dia..aku xtahu kalau aku kehilangan dia, Ya Allah Engkau Maha Mengetahui segalanya, kadang2 sampai aku cakap kat dia. Aku syukur dengan kehadiran dia disisi ku selama ini..aku bahagia dengan dia..Tiba aku aku cakap kat dia...

Aku sempat cakap dengan suami..

ayang : b kalau boleh biarlah ayang pergi dulu dari b, jangan b pergi dulu dari ayang..
b : ajal maut ditangan Dia ayang..

Kadang dia pun pernah tanya aku..

b : ayang kawan2 b banyak dah pergi..ayang ni camner lah kalau b xde kan..
ayang : b jangan lah cakap macam tu, ayang xsuke tau...huhuhu..(sambil mengesat air mata aku yang mengalir keluar..huhuhu...)

Dia pun memeluk aku sambil mengesat air mataku..aku takut Ya Allah..b sayang ayang sampai akhir hayat b ayang..ayang pun xnak kehilangan ayang...ajal maut datangnya dari DIA..

Suatu hari kami berbual lagi..

b : ayang b nak kumpul duit banyak2, insyaallah kalau ade rezeki b nak bawak ayang g umrah tau..semoga Allah permudahkan segalanya kan ayang, 
ayang : yeke b, ayang selalu bedoa semoga Allah murahkan rezeki kita selalu kan..xsabar ayang nak pegi saner b..
b : ok ayang nanti kiter pegi k..

(xlama lepas tu Allah kurniakan rezeki pada hubby keje baru...Alhamdulillah syukur sangat2 padaMU..)

Semoga Allah panjangkan umur kami bersama selamanya...dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah, bijak pandai..;)


untuk tatapan suami tercinta...ayang sayangkan b sampai akhir hayat ayang b..

Sekian Terima Kasih..