Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum…maafkan
aku kerana lama meninggalkanmu…
Tiba2
hari ni tergerak hati untuk melakar sebuah cerita hidupku kisahku.
Alhamdulillah sedar x sedar hampir 7 tahun aku dan suami mendirikan rumahtangga.
Pelbagai dugaan yang kami hadapi, susah senang kami jatuh dan bangun bersama. Syukur
dia suami terbaik untuk aku, walau jarak usia kami jauh tapi dia sentiasa
memahami jiwa muda aku. Kadangkala kami bergaduh, bermasam muka tapi hanya
untuk seketika.
Allahu…Tiada daya dan kekuatan kami untuk menolak takdirNya.
Bukan
aku minta nak bersedih selalu mengenangkan nasib diri tapi aku ni manusia
biasa. Aku punyai hati dan perasaan. Cubalah tepis macam mana pun, cubalah nak
lupakan, cubalah nak buang jauh2 sekalipun mesti tak akan berjaya. Bila terpandang
gambar anak orang lain, bila terlihat orang mengusung anak berderek2, bila
terdengar orang bercerita tentang keletah anak2, secara automatik perasaan dan
hati aku akan tersentuh. Walau tak terluah di mulut tapi mesti terdetik dalam
hati, bilalah giliran aku pula?? atau bahagianya kalau kami suami isteri dikurniakan
zuriat atau macam mana orang lain senang sangat mengandung dan boleh ada anak
berderet2 sedangkan aku??
Menangislah
yang akan membuatkan hati aku berasa tenang. Aku rasa kalau dipendam dan ditahan
tangisan tu boleh mengundang sakit & stress…so lepaskanlah sekali sekala…tak
salah sesekali kita melayan perasaan sedih kita ni. Memang aku perlu berfikiran
positif sentiasa tapi tak sedarkah bahawa kita bukannya Nabi, kita hanya manusia
kerdil yang punyai hati rapuh apabila diuji. Aku layan sahaja perasaan sedih ni
tapi x nak lah sampai terbawa2 kan…tak makan, tak minum, tak jaga kesihatan,
tanggungjawab pada suami dsbnya. Tapi aku yakin rakan TTC semuanya kuat dan
tabah. Selama diduga, masing2 dah berhati kental dan kuat. Mereka adalah antara
wanita2 yang cekal pada aku. Terpaksa menanggung pelbagai ujian dan rawatan
semata2 demi mendapatkan zuriat penyeri rumahtangga. Pelbagai ilmu2 TTC yang
aku belajar dari untuk mudah hamil, cara cepatkan proses kesuburan, mengira
waktu yang sesuai. Petua2 jangan cakaplah macam2 yang aku cuba amalkan. Mungkin
belum masanya kan.
Aku
tahu ada yang sering menasihatkan aku agar jangan bersedih, jangan berfikiran negatif
tapi bolehkah?? Kalau dah bertahun2 berTTC, tak terasakah kita nak memeluk anak
sendiri?? Tak sedihkah kita jika masih belum mempunyai zuriat sendiri?? Aku yakin
mesti kita akan bersedih juga, tak siapa menyangka yang berkahwin mesti dah
terbayang2 wajah anak penghias rumahtangga dan keletah anak sebagai penyeri
tapi bila kita tak punyai semua tu mesti kita terasa kekurangan. Tiada wanita
yang berkahwin tidak mahukan zuriat kan.
Untuk
apa aku perlukan sangat zuriat?? Sebenarnya sebagai seorang wanita, mesti
terdapat naluri ingin merasai sendiri bagaimana pengalaman mengandung,
mengusung anak didalam rahim sendiri, melahirkan dan membesarkan anak sendiri
kan?? Rasa hidup tidak lengkap bila tidak dapat melalui fasa2 tersebut. Selain tu,
aku inginkan anak yang dapat menjaga aku dan suami di hari tua kelak. Aku inginkan
anak yang mendoakan aku dan suami apabila dah meninggal nanti, mandikan jenazah
kami, kapankan kami..aku inginkan penerus keturunan kami. Macam2 yang aku
inginkan.
Jika ditakdirkan aku tidak berpeluang untuk merasai dan mendapat
semua itu, aku serahkan saja diri ini kepada Allah. Berkasih sayanglah dengan
Allah. Yakinlah pada Allah. Sematkan di dalam hati dan fikiran hanya tentang
Allah. Semoga aku terus perbaiki diriku untuk terus dekat denganNya. Dan aku
akan terus menjaga suami aku sebaik2nya..Insyaallah walaupun tiada anak yang
akan menjaga aku kelak atau mendoakan aku apabila sudah tiada nanti tapi pahala
dan amalan aku akan menampung semuanya..Inshaallah…semoga aku terus diberi
kekuatan, hanya yang alami akan memahami dan mengetahui perasaan begini.