Saturday, August 14, 2010

tErKeNaNg DaKu PaDaMu...oh ibu...

KASIH IBU TIADA TANDINGAN....

Bila RAMADHAN menjelma mula lah aku terkenang pada arwah mak aku ni..huhuhu...sedih giler xtahu nak kata,..bala hilang mak ni kan..maklum lah pada dia tempat aku bercerita dan mengadu ni..msuk ramadhan ni dah 2 kali puasa mak xde...raya plak masuk raya ni pun dah 2 kali jugak lah..bila pagi raya mesti melawat kubur arwah bersama keluarga masa tu Ya Allah, Allah je yang tahu betapa sedihnya apabila kami semua kehilangan orang yang paling kami cintai dan sayang terutama bila tengok keadaan ayah bila baca tahlil hingga menitis air mata dia..memang xtahan lah...xbaik kan orang kata meratapi orang yang dah pergi tapi ape boleh buat bukan mudah untuk kita menahan semua tu..bayangkan semua tu berlaku pada diri anda sendiri kan..

Kasihnya ibu
Membawa ke syurga
Kasihnya saudara
Masa beradaBerkorban raga
Rela binasa
Berkorban nyawa
Tanda kasihnya
Kasihnya ayah
Sanggupkah berpisah
Dan kasih anaknya
Berkorban nyawa....

Bila waktu raya semakin menjelma  lagi terasa aku coz masa tu lah arwah orang yang paling sibuk sekali dengan buat ketupat, rendang ayam, kari daging n macam2 lah...tapi sumer tu dah xde lagi..semua kerja tu sekarang dah beralih pada aku dan adikku..ape2 pun aku santiasa doakan arwah semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman...anakmu disini xkan berhenti untuk terus berdoa untukmu...kadang2 kesian sangat tengok keadaan ayah aku, coz telah hilang orang yang amat dia cintai..peneman setia ke mana dia pergi, aku tahu kasih sayang pada arwah memang susah nak padam sampai sekarang..aku tahu perasaan ayah aku macam mana sekarang ni, mungkin kerana dia terlalu pemendam sampai buat aku sedih bila aku balik Kampung... Cinta slpas kahwin membawa ke syurga..

Wednesday, August 11, 2010

Amalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan..



Amalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan..


Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) saat itu Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali.

Setelah Rasulullah S.A.W mengusapkan kedua tangan diwajahnya (layaknya orang selesai berdoa) para sahabat mendekati dan bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.”

“Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasulullah?” tanya sahabat. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, “Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan”:

1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasulullah S.A.W mengaminkan sampai tiga kali. Namun disini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut pasti dikabulkan Allah iaitu:

1. Yang berdoa Jibril Mahluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah.

2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Maksum yang telah diampuni semua dosanya.

3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah.

4. Waktu berdoa adalah malam aidil fitri iaitu satu diantara sepuluh malam jika kita berdoa langsung di ijabah oleh Allah.

Jadi, jika kita ingin amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah, maka hindarilah tiga yang diatas kerana selama tiga persoalan di atas belum diselesaikan maka amal ibadah kita selama bulan Ramadhan masih dipending oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.