Friday, October 7, 2011

Mood Semakin Happy

Alhamdulillah selepas beberapa hari aku telah ditimpa kesedihan yang aku sendiri x tahu apa puncanya. Dalam 2-3 hari ni asyik menangis jer. En.suami cakap sikit meleleh, tengok citer pun meleleh..dok sorang2 pun nak meleleh, ape kes kan.. Mengada2 je lebih agaknya kan. hahaha...Kadang2 En.suami jadi mangsanya, sian dia balik keje xsenyum pun..bese kalau dia balik keje aku mesti senyum sampai telinga, salam & peluk cium dia (walaupun busyukkk balik keje...). Ya Allah aku berdosa sangat padamu..maafkan aku ye En.suami. Lepas ni nak happy2 dah xmau sedih2 lagi.


...Maafkanku Wahai Suami...


Kadang-kadang aku rasa,
Akulah isteri yang terlalu banyak menerima,
Sedangkan engkau tak pernah meminta,

Kadang-kadang aku rasa,
Akulah isteri yang baru terjaga, 
Sedangkan engkau tak pernah terlena, 

Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir,
Semua perkataanku menjadi salah, 

Datanglah ke sini dan pegang tanganku,
Sementara ku cerita kehidupan isteri,
Harap dimengertikan,


Kadang-kadang ku sakiti hatimu,
Bila ku tolak sentuhanmu, 
Bukan bermaksud aku kurang menyanyangimu..
Tekanan terlalu, 

Kadang-kadang aku berubah pada pandanganmu, 
Tapi sayang, itu tidak benar,

Tiada apa yang paling kuhargai, 
Daripada kehidupan manis bersamamu, 

Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun, 
Adalah terlalu singkat, 

Hanya ku beritahumu betapa sayangnya aku, 
Betapa syukurnya aku...
Kau kepunyaanku, 

Kadang-kadang berjauhan denganmu, 
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita...
Mencipta kerukunan keluarga, 
Namun aku tetap aku yang ini...

Maafkan aku wahai suami !


Sekian....