Friday, September 23, 2011

Terima Kasih..Konvokesyen Selesai !

Assalamualaikum semua...lama aku x update kan, maklum lah keaadaan masa sungguh tidak mengizinkan aku berbuat demikian. Sekarang ni sungguh busy rasa..;)

Sebenarnya, dipendekkan cerita aku nak update pasal konvokesyen yang dah selesai pada 17 Sept 2011 baru ni di UniSZA. Fuhhhhh....lega rasa setelah 4 tahun berhempas pulas aku di UniSZA akhirnya grade jugak kan. Seronok rasanya sampai x terkata, seronok dapat tengok Permaisuri agung yang cantik tu depan2. Senyum sampai telinga aku maklum lah aku perempuan 1st naik stage tu so Permaisuri pun senyum lebih r, yang dah last2 tu dia senyum sikit jer sebab dah penat. sori terperasan lebih ni..hehehe...

Firstly, aku nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga pada En.suami yang tercinta & tersayang kerana sudi ambil cuti selama 3 hari bersama aku. Sanggup berkorban segalanya untuk aku selama ni, tak mungkin aku akan lupakan segala pengorbananmu En.suami, selalu ulang alik hantar & ambil aku balik tanpa mengizinkan aku berdikari sendiri dengan menaiki bas..huhuhu...;)

Secondly, Terima kasih juga buat family tersayang yang sudi datang untuk meraikan konvokesyen aku. Untuk ayah tersayang, abang2 yang sudi ambil cuti, adik tersayang jugak yang ambil cuti, dan akhir sekali untuk arwah ibu tercinta. Sedih sebab my mom xdapat tengok aku grade hari tu, Gembira + sedih sampai menitis air mata ku teringatkan ibu. 

Akhir sekali terima kasih yang tidak terhingga buat semua pendidik-pendidik aku selama 4 tahun di UniSZA, jasamu tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Insyaallah segala ilmu-ilmu yang diturunkan akan digunakan ke arah kebaikan..


Hari sebelum konvo, dan lagi snap gambar dengan eda. Masa ni baru balik dari raptai nak pegi hostel jumpa member yang lama xbersua muka..;)

~~ with Nik Eda ~~

~~ Lepas jumpa test2 jubah dulu sebelum konvo ~~

~~ with Azimah ~~

~~ with Azimah & Hidayah ~~

~~ Barisan hadapan ~~

~~ Classmate ~~



Sekian...;)


Wednesday, September 7, 2011

Happy Anniversary Buat Aku n Suami..;)

8 September, Maka dengan ini genaplah 2 tahun usia perkahwinan kami..Ya Allah aku bersyukur pada-Mu kerana kau telah memberi kebahagiaan kepada kami. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada En.suami yang telah menjaga aku dengan baik selama 2 tahun ni. Mohon sejuta kemaafan jika selama 2 tahun ayg ada salah, terkasar bahasa sampai menginggung hati b..Terlalu banyak pengorbananmu padaku. 

Semoga hidup kita diberkati oleh-NYA selamanya, dimurahkan rezeki selalu, semoga aku cepat2 dapat kerja, dan yang paling penting semoga kita cepat2 dikurniakan cahayamata dalam masa terdekat ni. Dalam hati hanya Allah je tahu..huhuhu...Insyaallah semoga impian kami tercapai...Doa kan kami...;)

Sekian terima kasih..