Saturday, July 2, 2011

Syaaban Menjelma Lagi...Ramadhan akan Menyusul

Hari ni Syaaban menjelma lagi, Ramadhan juga akan menyusul tida lama lagi, hati aku semakin sayu dan sebak bila aku pikirkan sudah 3 kali raya aku meraikan aidilfitri tanpa cahaya mata..Subhanallah apa yang aku merepek ni kan. Segalanya datang dari ENGKAU YA Allah, apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya kan. Kau tidak perlu runsing wahai hamba Allah dah sediakan yang terbaik untukmu. Allah Hu Akbar !!

Masuk Ramadhan ni 3 kali aku puasa tanpa bonda disisi, tapi 3 kali jugak aku beraya sebagai seorang isteri kepada En.Suami. Syukur Alhamdulillah Allah telah datangkan seseorang untuk aku disaat aku memerlukannya. 

Ya Allah sungguh aku tidak sabar untuk menunggu Ramadhan kali ini, KENAPA YE?? kalau boleh aku nak berada dalam bulan Ramadhan sahaja. Seronok kan bila ulan puasa, boleh terawih, macam2 fadilat puasa yang kita akan dapat pada bulan itu. aku berharap agar puasa kali ni aku dapat beribadah dengan secukupnya. Seronoknya bulan puasa Ya Allah...Kenapa xsabar aku menunggumu Ramadhan..?? 

Ya Allah aku mohon padaMU semoga aku dipanjangkan usia untuk mennyambut Ramadhan kali ini dengan lebih sempurna dan lebih baik dari sebelumnya.


Ya Allah.. Ya Rabb..Baru ku tersedar , rupanya selama ini pegangan agamaku terlalu nipis bahkan jika dibandingkan dengan kulit bawang, lebih nipis darinya. Namun, Alhamdulillah..Syukur kehadrat Allah yang Maha Berkuasa. Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosaku. Astaghfirullahal ‘Azhim….Dengan lafaz   (لا إله إلا الله وأشهد أن محمد رسول الله) –Aku bersaksi bahawasanya tiada tuhan melainkan ALLAH dan aku bersaksi bahawasanya nabi Muhammad adalah pesuruh ALLAH. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku yang lalu.Semoga segala percakapanku itu tidak memesongkan akidahku. Aku takut teramat sangat. Disebabkan kejahilan ilmu, kurangnya pegangan akidah didalam diri ini. Menyebabkan diriku mudah goyah.

Sebenarnya, jikalau tak diteliti… Tidakku perasan bahawasanya segala percakapanku itu boleh  membawa kepada pemesongan akidahku. Na’uzubillahu minzalik..

Firman Allah Taala:
وَمَن يَتَّقِ اللهَ يَجعَل لَّهُ, مَخرَجَا(2) وَيَرزُقهُ مِن حَيثُ يَحتَسِب وَمَن يَتَوَكَّل عَلَى اللهِ فَهُوَ حَسبُه, إِنَّ اللهَ بَالِغُ أَمرِهِ قَد جَعَلَ اللهُ لِكُلِّ شَىءٍ قَدرًا (3)   surah at-thaalaq: 2-3

2. Dan sesiapa Yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari Segala perkara Yang menyusahkannya),

3. Serta memberinya rezeki dari jalan Yang tidak terlintas di hatinya. dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan Segala perkara Yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah, ampunkanlah segala perbuatan diriku ini. Betulkan lah segala akidahku. Tetapkanlah keimananku dalam agama-Mu. Ya Allah jadilah diriku ini sebaik-baik muslim dan berpegang teguh dengan akidahMu walauapa keadaan pun yang ku hadapi….Terimalah taubatku ini Ya Allah..

Aku nak kongsi doa yang diajar oleh seorang ustaz dengan pembaca. Digalakkan membacanya setiap kali selepas solat..

اللَّهُمَّ أَحيِنَا بِالإِيمَان وَأَمِتنَا بِالإِيمَان وَاحشُرنَا بِالإِيمَان وَأَدخِلنَا الجَنَّةَ مَعَ الإِيمَان بِرَحمَتِكَ يَا أَرحَمَ الرَّحِمِين. اللَّهُمَّ هَوِّن عَلَينَا فِي سَكَرَاتِ المَوت وَبَارِك لَنَا فَي المَوت وَفِيمَا بَعدَ المَوت. اللَّهُمَّ اختِم لَنَا بِحُسنِ الخَاتِمَة وَلَا تَختِم عَلَينَا بِسُوءِ الخَاتِمَة. 

0 comments:

Post a Comment