Monday, April 18, 2016

Last year Ogos 2015..

Reunion Sek Ren Jengka 24, Alhamdulillah semua berjalan lancar, hampir semua yang dapt hadir dan memberi sumbangan. Terima kasih tidah terhingga buat cikgu amir dan cikgu aishah yg sudi datang dari jauh..jasamu tetap kami kenang sampai bila2... ;)


Wednesday, April 6, 2016

Ujian Untukku

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum…maafkan aku kerana lama meninggalkanmu…
Tiba2 hari ni tergerak hati untuk melakar sebuah cerita hidupku kisahku. 

Alhamdulillah sedar x sedar hampir 7 tahun aku dan suami mendirikan rumahtangga. Pelbagai dugaan yang kami hadapi, susah senang kami jatuh dan bangun bersama. Syukur dia suami terbaik untuk aku, walau jarak usia kami jauh tapi dia sentiasa memahami jiwa muda aku. Kadangkala kami bergaduh, bermasam muka tapi hanya untuk seketika. 

Allahu…Tiada daya dan kekuatan kami untuk menolak takdirNya.

Bukan aku minta nak bersedih selalu mengenangkan nasib diri tapi aku ni manusia biasa. Aku punyai hati dan perasaan. Cubalah tepis macam mana pun, cubalah nak lupakan, cubalah nak buang jauh2 sekalipun mesti tak akan berjaya. Bila terpandang gambar anak orang lain, bila terlihat orang mengusung anak berderek2, bila terdengar orang bercerita tentang keletah anak2, secara automatik perasaan dan hati aku akan tersentuh. Walau tak terluah di mulut tapi mesti terdetik dalam hati, bilalah giliran aku pula?? atau bahagianya kalau kami suami isteri dikurniakan zuriat atau macam mana orang lain senang sangat mengandung dan boleh ada anak berderet2 sedangkan aku??

Menangislah yang akan membuatkan hati aku berasa tenang. Aku rasa kalau dipendam dan ditahan tangisan tu boleh mengundang sakit & stress…so lepaskanlah sekali sekala…tak salah sesekali kita melayan perasaan sedih kita ni. Memang aku perlu berfikiran positif sentiasa tapi tak sedarkah bahawa kita bukannya Nabi, kita hanya manusia kerdil yang punyai hati rapuh apabila diuji. Aku layan sahaja perasaan sedih ni tapi x nak lah sampai terbawa2 kan…tak makan, tak minum, tak jaga kesihatan, tanggungjawab pada suami dsbnya. Tapi aku yakin rakan TTC semuanya kuat dan tabah. Selama diduga, masing2 dah berhati kental dan kuat. Mereka adalah antara wanita2 yang cekal pada aku. Terpaksa menanggung pelbagai ujian dan rawatan semata2 demi mendapatkan zuriat penyeri rumahtangga. Pelbagai ilmu2 TTC yang aku belajar dari untuk mudah hamil, cara cepatkan proses kesuburan, mengira waktu yang sesuai. Petua2 jangan cakaplah macam2 yang aku cuba amalkan. Mungkin belum masanya kan.

Aku tahu ada yang sering menasihatkan aku agar jangan bersedih, jangan berfikiran negatif tapi bolehkah?? Kalau dah bertahun2 berTTC, tak terasakah kita nak memeluk anak sendiri?? Tak sedihkah kita jika masih belum mempunyai zuriat sendiri?? Aku yakin mesti kita akan bersedih juga, tak siapa menyangka yang berkahwin mesti dah terbayang2 wajah anak penghias rumahtangga dan keletah anak sebagai penyeri tapi bila kita tak punyai semua tu mesti kita terasa kekurangan. Tiada wanita yang berkahwin tidak mahukan zuriat kan.


Untuk apa aku perlukan sangat zuriat?? Sebenarnya sebagai seorang wanita, mesti terdapat naluri ingin merasai sendiri bagaimana pengalaman mengandung, mengusung anak didalam rahim sendiri, melahirkan dan membesarkan anak sendiri kan?? Rasa hidup tidak lengkap bila tidak dapat melalui fasa2 tersebut. Selain tu, aku inginkan anak yang dapat menjaga aku dan suami di hari tua kelak. Aku inginkan anak yang mendoakan aku dan suami apabila dah meninggal nanti, mandikan jenazah kami, kapankan kami..aku inginkan penerus keturunan kami. Macam2 yang aku inginkan. 

Jika ditakdirkan aku tidak berpeluang untuk merasai dan mendapat semua itu, aku serahkan saja diri ini kepada Allah. Berkasih sayanglah dengan Allah. Yakinlah pada Allah. Sematkan di dalam hati dan fikiran hanya tentang Allah. Semoga aku terus perbaiki diriku untuk terus dekat denganNya. Dan aku akan terus menjaga suami aku sebaik2nya..Insyaallah walaupun tiada anak yang akan menjaga aku kelak atau mendoakan aku apabila sudah tiada nanti tapi pahala dan amalan aku akan menampung semuanya..Inshaallah…semoga aku terus diberi kekuatan, hanya yang alami akan memahami dan mengetahui perasaan begini.



Saturday, October 10, 2015

Terima kasih Ya Allah..


Assalamualaikum wbt...sudah lama tidak aku mengarang mencoret di atas mejaku ini, mungkinkah aku terlalu sibuk dengan duniawi..terlalu leka dengan duniawi..Subhanallah Ampunkan aku..tidaklah bagiku untuk melupakan diri ini..siapa diriku sebenar..maafkan aku semua.

 Alhamdulillah tahun ini Allah menjemput aku untuk menjadi tetamuNYA. Terima kasih kerana Engkau telah membuka jalan untuk aku dan dia. Engkau permudahkan segala urusan aku untuk ke sana. Syukur alhamdulillah, menitis air mataku tatkala menerima perkhabaran darinya, tiada ungkapan yang boleh ungkap dengan kata-kata. Hanya air mata sahaja yang bisa berbicara pada mu. Tiada ungkapan yang mampu keluar dari bibirku. Subhanallah..terima kasih sayang..bagaikan mimpi bila kaki ini melangkah masuk ke sini..Ya Allah..






Saturday, June 7, 2014

AKU HANYA INSAN BIASA

AKU HANYA INSAN BIASA

ASSALAMUALAIKUM..

AKU HANYA INSAN BIASA..mempunyai setiap kekurangan dan kelebihan..kadang kelebihan aku dipandang sebagai kekurangan dan setiap kekurangan aku dipandang sebagai satu kelebihan..kadang sebaliknya..itulah aku..seorang insan yang bernama manusia...

Aku akui setiap kesalahan aku dan kekhilafan aku..aku akui semua itu..dan kadang akan ada insan yang dihantar oleh Allah untuk memahami aku dan kadang ada yang dihantar untuk menguji aku...

Aku terus maju kehadapan.."tiada pernah orang akan mati kerana dirinya dikeji kecuali dia yang membuatkan dirinya yng terseksa"..

"Orang yang lahir dalam kehidupan yang susah itu bukan kesalahannya namun oran gyang mati dalam keadaan susah yang merupakan kesalahan dia"

Atasi stress dengan tarik nafas...hembus...pejam mata untuk seketika..dan istighfarlah sehingga hatimu tenang..
moga ketenangan sampai kepadamu..
Moga Allah membantumu...
Terima kasih Ya Allah...

Thursday, June 5, 2014

Mimpi Ngeri

Ya Allah Syukur Alhamdulillah Engkau lindungi lah kami dari sebarang dugaan dan rintangan yg tidak trtanggung oleh kami..bagaikan mimpi ngeri untuk kami..biarlah ia menjadi pengajaran n iktibar untuk kami..

Buang yang keruh ambil yang jernih..

** Nasihat untuk semua jangan mudah percaya dengan kata2 orang..walaupun ia nampak macam benar..huhuhu...

Thank you Allah ;)

Sunday, May 18, 2014

Sentiasa Menunggu...

Alhamdulillah Allah sentiasa beri kesabaran untuk aku meneruskan liku2 kehidupan ini bersama suami..usia perkahwinan kami hampir mencecah 5 tahun sudah..pejam celik macam x percaya kan, masa begitu pantas..kami masih belum diberi rezeki untuk memiliki zuriat sendiri, Ya Allah ujian kasih dan sayangMU padaku. Kami redha atas ujianMU, hari2 yang kami lalui sekarang penuh tanda tanya..Bilakah peluang itu akan hadir dalam hidup aku, kuatkah aku untuk terus mengharungi nya..Ya Allah kau kurniakan lah bgiku anak2 yg soleh anak2 yang solehah disisi aku..
Janji Allah itu pasti..teruskan berusaha dan berikhtiar atikah, Allah Maha Mendengar & Maha Pemurah...Be strong dear...

Saturday, May 3, 2014

SHAKLEE THE BEST

Alhamdulillah promo bulan Mei Meal Shake BUY 6 FREE 1...untuk ibu2 & utk semua..jom saya nak share kebaikan & kelebihan Meal Shakes :

 Kurangkan Ekzema
 Untuk Tumbesaran
 Untuk Perkembangan Minda
 Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
 Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
 Untuk Anak kekal aktif
 Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
 Meningkatkan berat badan anak
 Membantu anak fokus
 Membantu kurangkan kekerapan asthma
 Mengatasi masalah sembelit pada anak
 Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
 Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
 Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
 Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu.

PM/WhatsApps
Ika 0192795339
FB : Atikah Ahmad