Wednesday, April 6, 2016

Ujian Untukku

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum…maafkan aku kerana lama meninggalkanmu…
Tiba2 hari ni tergerak hati untuk melakar sebuah cerita hidupku kisahku. 

Alhamdulillah sedar x sedar hampir 7 tahun aku dan suami mendirikan rumahtangga. Pelbagai dugaan yang kami hadapi, susah senang kami jatuh dan bangun bersama. Syukur dia suami terbaik untuk aku, walau jarak usia kami jauh tapi dia sentiasa memahami jiwa muda aku. Kadangkala kami bergaduh, bermasam muka tapi hanya untuk seketika. 

Allahu…Tiada daya dan kekuatan kami untuk menolak takdirNya.

Bukan aku minta nak bersedih selalu mengenangkan nasib diri tapi aku ni manusia biasa. Aku punyai hati dan perasaan. Cubalah tepis macam mana pun, cubalah nak lupakan, cubalah nak buang jauh2 sekalipun mesti tak akan berjaya. Bila terpandang gambar anak orang lain, bila terlihat orang mengusung anak berderek2, bila terdengar orang bercerita tentang keletah anak2, secara automatik perasaan dan hati aku akan tersentuh. Walau tak terluah di mulut tapi mesti terdetik dalam hati, bilalah giliran aku pula?? atau bahagianya kalau kami suami isteri dikurniakan zuriat atau macam mana orang lain senang sangat mengandung dan boleh ada anak berderet2 sedangkan aku??

Menangislah yang akan membuatkan hati aku berasa tenang. Aku rasa kalau dipendam dan ditahan tangisan tu boleh mengundang sakit & stress…so lepaskanlah sekali sekala…tak salah sesekali kita melayan perasaan sedih kita ni. Memang aku perlu berfikiran positif sentiasa tapi tak sedarkah bahawa kita bukannya Nabi, kita hanya manusia kerdil yang punyai hati rapuh apabila diuji. Aku layan sahaja perasaan sedih ni tapi x nak lah sampai terbawa2 kan…tak makan, tak minum, tak jaga kesihatan, tanggungjawab pada suami dsbnya. Tapi aku yakin rakan TTC semuanya kuat dan tabah. Selama diduga, masing2 dah berhati kental dan kuat. Mereka adalah antara wanita2 yang cekal pada aku. Terpaksa menanggung pelbagai ujian dan rawatan semata2 demi mendapatkan zuriat penyeri rumahtangga. Pelbagai ilmu2 TTC yang aku belajar dari untuk mudah hamil, cara cepatkan proses kesuburan, mengira waktu yang sesuai. Petua2 jangan cakaplah macam2 yang aku cuba amalkan. Mungkin belum masanya kan.

Aku tahu ada yang sering menasihatkan aku agar jangan bersedih, jangan berfikiran negatif tapi bolehkah?? Kalau dah bertahun2 berTTC, tak terasakah kita nak memeluk anak sendiri?? Tak sedihkah kita jika masih belum mempunyai zuriat sendiri?? Aku yakin mesti kita akan bersedih juga, tak siapa menyangka yang berkahwin mesti dah terbayang2 wajah anak penghias rumahtangga dan keletah anak sebagai penyeri tapi bila kita tak punyai semua tu mesti kita terasa kekurangan. Tiada wanita yang berkahwin tidak mahukan zuriat kan.


Untuk apa aku perlukan sangat zuriat?? Sebenarnya sebagai seorang wanita, mesti terdapat naluri ingin merasai sendiri bagaimana pengalaman mengandung, mengusung anak didalam rahim sendiri, melahirkan dan membesarkan anak sendiri kan?? Rasa hidup tidak lengkap bila tidak dapat melalui fasa2 tersebut. Selain tu, aku inginkan anak yang dapat menjaga aku dan suami di hari tua kelak. Aku inginkan anak yang mendoakan aku dan suami apabila dah meninggal nanti, mandikan jenazah kami, kapankan kami..aku inginkan penerus keturunan kami. Macam2 yang aku inginkan. 

Jika ditakdirkan aku tidak berpeluang untuk merasai dan mendapat semua itu, aku serahkan saja diri ini kepada Allah. Berkasih sayanglah dengan Allah. Yakinlah pada Allah. Sematkan di dalam hati dan fikiran hanya tentang Allah. Semoga aku terus perbaiki diriku untuk terus dekat denganNya. Dan aku akan terus menjaga suami aku sebaik2nya..Insyaallah walaupun tiada anak yang akan menjaga aku kelak atau mendoakan aku apabila sudah tiada nanti tapi pahala dan amalan aku akan menampung semuanya..Inshaallah…semoga aku terus diberi kekuatan, hanya yang alami akan memahami dan mengetahui perasaan begini.