Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru...Hapy New Year..!!!



Dengan lafaz Basmalah aku mulakan...

Di awal coretan dan nukilan,
Di hati penuh sarat dengan harapan,
Aku berharap 1433/2012 dimakbulkan.


Tiga minggu berlalu azam berulang,
Agar cita-cita tidak terhalang,
Hajat di hati bukan kepalang,
Menunaikan kewajipan yang terhalang.


Setiap kali tahun baru,
Bicara pun memohon dan merayu,
Hanya pada yang Satu,
Jauh sekali perbuatan menyengutu.


Selesai sudah bicara yang lalu,
Ingin mengesahkan kerenah tahun baru,
Anak muda jadi tidak tentu,
Hampir serupa macam hantu.


Sudah lupa pada yang Satu,
Lupa bapa, lupa ibu,
Di dalam bandar menjadi kutu,
Itulah kesan masyarakat tidak bersatu.


Di mana hadari, di mana berdikari,
Kehidupan bersih kembali tidak suci,
Akibat hidup ikutkan hati,
Perlu diingat muda pun akan mati.


Sudah ramai menemui ajal,
Sejak zaman Habil dan Qabil,
Kerana nafsu menguasai akal,
Manusia terpaksa menemui ajal.


Sejarah nafsu inginkan wanita,
Datang bersama Adam dan Hawa,
Bila wanita sedikit cuma,
Qabil dan Habil bersengketa pula.


Kecantikan iqlimah menjadi rebutan,
Labudah menunggu penuh harapan,
Iblis pula membuat hasutan,
Memusnahkan harapan dan keinginan.


Kini masa akhirnya zaman,
Wanita pula jumlahnya berlebihan,
Susah pula mendapat pasangan,
Terpaksa hidup dalam kesabaran.


Untuk mereka belum sampai giliran,
Bersabarlah walau ke hujung jalan,
Kerana itulah satu-satunya jalan,
Untuk menjaga kentalnya keimanan.


Jodoh itu diatur Tuhan,
Jangan serik menunggu harapan,
Bersangka baik kepada Tuhan,
Itulah sebaik-baik amalan.


Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul,
Melihat orang kelihatan senang,
Belum tentu tekaannya betul.


Puisiku akan berakhir disini,
Dari hujung rambut ke hujung kaki,
Ku memohon maaf dan dimaafi,
Agar kalamku berkeadaan suci...


...Sekian...

Monday, December 19, 2011

Assalamualaikum...

Ubah style penulisan sikit ok ke???...hehehe...

Hai semua....fuhhhhh smbil tiup habuk ni,hehehe...aaauuuucheemmmm..terbersin dibuatnya..
lama betul aku x bukak rumah ni, kesian kat dia kan tuan dia sangatlah sibuk semenjak kerja ni.
Se lagi xthu nak bercerita ape..
Actually tengah layan perasaan yang sangat best keje kot,.hehehe 
walaupun kadang2 sampai xmenang tangan nak buat keje yang bos bagi..hehehe..
(padahal keje xbanyak pun buat sibuk je lebih)
Alhamdulillah setelah sebulan bekerja, so far sangat best sebab dapat kawan-kawan baru, 
pengalamanbaru, kerja pun ok..oooppps terlupa nak update ritu yang aku dah dapat keje, 
sibuk sikit bila dah mulakeje ni, yelah balik2 dah xsempat nak bukak my lappy ni.
Sampai umah dah jam 6 petang, then rehat2 kemas2 diri n makan2 malam,
 iron baju sume pastu tido..
Apepun memang best bila dah start keje ni, dulu suri rumah sepenuh masa, 
anytime nak update blog tu  cuma malas ngan rajin je lah kan. 
Sekarang nak update kene ada masa yang betul2 lapang.
Tahun baru dah xlama kan..aduh semakin berdebar pulak rase hati n jantung ni, nape ek???
mungkin tumungkin ni...macamlah rasanya..
Hope akhir tahun ni Allah akan memperluaskan pintu-pintu rezeki untuk aku...amin..
Doakan aku ye..


Sebelum tu masuk gambar perasan comey sikit sebelum g keje...xper kan..;)
Sekian...;)