Saturday, December 31, 2011

Selamat Tahun Baru...Hapy New Year..!!!



Dengan lafaz Basmalah aku mulakan...

Di awal coretan dan nukilan,
Di hati penuh sarat dengan harapan,
Aku berharap 1433/2012 dimakbulkan.


Tiga minggu berlalu azam berulang,
Agar cita-cita tidak terhalang,
Hajat di hati bukan kepalang,
Menunaikan kewajipan yang terhalang.


Setiap kali tahun baru,
Bicara pun memohon dan merayu,
Hanya pada yang Satu,
Jauh sekali perbuatan menyengutu.


Selesai sudah bicara yang lalu,
Ingin mengesahkan kerenah tahun baru,
Anak muda jadi tidak tentu,
Hampir serupa macam hantu.


Sudah lupa pada yang Satu,
Lupa bapa, lupa ibu,
Di dalam bandar menjadi kutu,
Itulah kesan masyarakat tidak bersatu.


Di mana hadari, di mana berdikari,
Kehidupan bersih kembali tidak suci,
Akibat hidup ikutkan hati,
Perlu diingat muda pun akan mati.


Sudah ramai menemui ajal,
Sejak zaman Habil dan Qabil,
Kerana nafsu menguasai akal,
Manusia terpaksa menemui ajal.


Sejarah nafsu inginkan wanita,
Datang bersama Adam dan Hawa,
Bila wanita sedikit cuma,
Qabil dan Habil bersengketa pula.


Kecantikan iqlimah menjadi rebutan,
Labudah menunggu penuh harapan,
Iblis pula membuat hasutan,
Memusnahkan harapan dan keinginan.


Kini masa akhirnya zaman,
Wanita pula jumlahnya berlebihan,
Susah pula mendapat pasangan,
Terpaksa hidup dalam kesabaran.


Untuk mereka belum sampai giliran,
Bersabarlah walau ke hujung jalan,
Kerana itulah satu-satunya jalan,
Untuk menjaga kentalnya keimanan.


Jodoh itu diatur Tuhan,
Jangan serik menunggu harapan,
Bersangka baik kepada Tuhan,
Itulah sebaik-baik amalan.


Berat mata memandang,
Berat lagi bahu memikul,
Melihat orang kelihatan senang,
Belum tentu tekaannya betul.


Puisiku akan berakhir disini,
Dari hujung rambut ke hujung kaki,
Ku memohon maaf dan dimaafi,
Agar kalamku berkeadaan suci...


...Sekian...

2 comments:

Umaira + Umar said...

Salam...
Umaira follow blog kamu...
Datang sama2 utk memberi support kpd kawan2 TTC yg lain di alam maya nih...
Semoga kita sama2 menanti penantian kurniaan Allah yg satu itu...

arika_aufa arissa said...

hai...insyaallah sama2 kita berdoa k..;)

Post a Comment