Monday, August 1, 2011

SaLam RaMadHaN..


Salam Ramadhan dari aufa untuk semua...

Masuk ni dah 3 kali puasa aku sebagai seorang isteri kepada En.suamiku..usia perkahwinan kami pun nak masuk 2 tahun dah..Insyaallah september 2009..

Asal puasa je mesti hati Sayu + Gembira

Sebab Sayu...
teringat kat arwah ibu yang telah kembali ke Rahmatullah pada 31 Julai 2009 ( tarikh yg tak pernah aku lupakan dimana saat ibu meninggalkan aku, Alhamdulillah aku disisinya ketika dia menghembuskan nafas terakhirnya..Alhamdulillah wajahnya tersenyum ketika meninggalkan kami..semoga aku dipertemukan diakhirat sana..amin..). Terasa seperti baru sahaja dia meninggalkan aku..huhuhu..sedihnya, aku terlalu rindukan ibu aku..sebak sungguh hati sampai tidak tertahan lagi..;(

Sebab Gembira...
Alhamdulillah syukur pada-NYA yang mengizinkan diri ini untuk menyambut ketibaan dan meraikan bulan Ramadhan kali ini, juga masih dipanjangkan umur (kesihatan yang baik) dan diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk menunaikan ibadah puasa bersama-sama suami lagi syukur Ya Allah. Semoga Allah kekalkan kebahagiaan antara kami. Syukur diatas rezeki-rezeki yang telah KAU limpahkan kepada kami, nikmat hidup yang indah kepada kami. Semoga kami juga dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata dalam bulan mulia ini. Sesungguhnya ENGKAU lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Pemberi. Semoga mendapat berkat dari-MU Ya Allah..Kami sentiasa menanti kehadiranmu sayang. Segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Redha dengan ketentuan Ilahi. Bersangka baiklah pada Yang Maha Esa. Insyaallah suatu hari nanti pasti ada sinar untuk kami. Doakan untuk kami.

Semoga Ramadhan kali ni memberi lebih hidayah dan Rahmat kepada aku dan suami..Semoga tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya. Semoga diberkati segala amalan dibulan yang mulia ini.

Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat muslim sekalian. Marilah merebut segala ganjaran yang dijanjikan..

Akhir sekali salam Ramadhan buat semua yang mengenali..mohon maaf dariku, aku hanya insan biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

0 comments:

Post a Comment